SKMM HARUS MENYIASAT APLIKASI SUGAR BOOK

Petaling Jaya, Feb 17-

Laman sosial yang mempromosikan kegiatan sugar daddy masih boleh diakses. Laman sosial itu masih boleh dilayari meskipun Suruhannya Komunikasi dan multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman tersebut.

Menurut kenyataan SKMM pada pautan tersebut, laman itu disekat kerana didakwa telah melanggar peruntukkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelayar dari Malaysia juga masih boleh mendaftar masuk ke laman itu.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, University Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff turut menyiarkan tangkap layar laman tersebut yang masih boleh dilayari di laman Facebook beliau semalam.

SKKM memberi amaran akan terus memantau dan menyiasat bersama polis mengenai aplikasi Sugarbook serta akan mengambil tindakan terhadap pengguna serta pemilik platform itu jika didapati melkukan  aktivitiyang melanggar undang-undang.       

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here