Melaka, Feb 17-
Seorang warden wanita Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di sini direman tiga hari bermula semalam sehingga Khamis ini selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Syabu.
Wanita berusia 40 tahun yang juga ibu kepada lapan anak sebelum itu diserahkan penyelia sekolah terbabit kepada pihak polis Isnin lalu.
Dia ditahan kira-kira pukul 7.15 malam selepas saringan ujian air kening dijalankan di IPD berkenaan.
Siasatan lanjut yang dijalankan turut mendapati suspek telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu. Wanita itu kini direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujar ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Superintendan Zulkiflee Rashid.
Menurut sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM 5000 atau kedua-duanya sekali.