MALAYSIAKINI DIDENDA KERANA MENGHINA MAHKAMAH

Portal berita Malaysiakini didenda RM500,000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.

Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman itu semasa prosiding hari ini.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara memohon denda sebanyak RM200,000 terhadap Malaysiakini atas kesalahan menghina mahkamah.

Bagaimanapun, keputusan majoriti memutuskan bahawa ketua editor portal berita berkenaan, Steven Gan tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf menyampaikan keputusan majoriti 6-1, dengan hakim yang tidak bersetuju adalah hakim Mahkamah Persekutuan, P Nallini.

Ini adalah kali pertama Malaysiakini didakwa atas tuduhan menghina mahkamah sepanjang sejarah penubuhannya sejak 21 tahun lalu.

Pada 15 Jun tahun lalu, Peguam Negara, Idrus Harun mengemukakan permohonan menghina mahkamah terhadap portal berita tersebut.

Katanya, mahkamah tertinggi itu telah mempertimbangkan permohonan maaf yang diajukan oleh Malaysiakini, melalui ketua pegawai eksekutifnya, Premesh Chandran, di hadapan panel hakim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here