Putra Jaya, Feb 19-
Menteri Pendidikan Radzi Jidin hari ini mengumumkan pembukaan sesi persekolah secara berperingkat bermula Mac ini.
Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, murid tahun satu dan tahun dua akan bermula pada 1 Mac.
Sesi persekolahan murid tahun tiga, empat, lima dan enam pula bermula 8 Mac.
Bagi pelajar sekolah menengah sesi persekolahan akan bermula pada 5 April.
Radzi berkata, keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan sesi persekolahan bagi pelajar prasekolah, tahun satu dan tahun dua terlebih dulu bagi membiasakan mereka dengan prosedur operasi standard (SOP) terlebih dahulu.