Sempat Tulis ‘Help’ Atas Pasir Pantai, Peluncur Cedera Parah Sempat Mohon Bantuan Sebelum Rebah

Seorang peluncur yang cedera parah terselamat selepas menulis perkataan ‘HELP’ pada pasir di sebuah pantai terpencil di Auckland, New Zealand, tulis The Sun.

Menurut portal itu, lelaki berkenaan tercedera selepas peluncur dinaikinya patah apabila menghentam batu berikutan ombak yang kuat. Dia yang mengalami kecederaan dilaporkan berusaha naik ke darat sebelum sesat selama dua jam ketika merentasi semak tebal.

Mangsa dikatakan sempat menulis perkataan ‘HELP’ di tepi pantai sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Nasib menyebelahinya apabila seorang wanita yang sedang berjalan di trek terlihat mesej tersebut sebelum meminta bantuan kelab peluncur tempatan, tulis The Sun.

Susulan itu, dua penyelamat datang menaiki jet ski untuk memberikan bantuan kecemasan sebelum membawa mangsa ke hospital menaiki ambulan.

Sementara itu, isteri mangsa telah membuat laporan polis mengenai kehilangan lelaki itu pada petang hari tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here