Shafie tetap popular walaupun bukan lagi Ketua Menteri

Walaupun tidak lagi menjadi Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal tetap popular di kalangan rakyat Sabah.

Ke mana sahaja beliau pergi, orang ramai akan berpusu-pusu mendekati beliau dan meminta untuk bergambar.

Inilah catatan bekas pegawai beliau, Ismaily Bungsu tentang Presiden parti Warisan Sabah itu, kira-kira empat bulan selepas Shafie tidak lagi menjadi Ketua Menteri.

  “Bila berada di TAMU atau jalan-jalan di pasar Gaya Street misalnya, maka siap ramai mendekat ajak swafoto dan jelas mengalahkan artis,” tulis Ismaily tentang Shafie sekarang.

Ismaily turut mencatatkan komen mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Syed Abbas Ali yang juga kawan baik beliau.

 

 “Sesuatu yang saya ingat baiknya Datuk Shafie, pertama datang ke rumahnya ia ajak makan dulu sebelum sembang,” kata Syed Abbas kepada Ismaily.

“Banyak lagi yang memberi pandangan serupa dan kesan banyak sangat pandangan semacam itu jelas menunjukkan yang rakyat sayang Datuk Shafie.

“Kala duduki kerusi CM dan ramai kelilingi dia itu tidak menghairankan, tapi kini tidak lagi duduki kerusi CM atau menteri tetap ramai mendekat ajak sembang dan swafoto,” cerita beliau lagi.

Menurut beliau, selepas tidak lagi menjadi Ketua Menteri, Shafie pernah dihalang dari menunai solat di sebuah masjid di negeri itu.

“Jelas Datuk Shafie seorang pemimpin yang rakyat sayang hingga ada menangis kala suatu hari dulu Datuk Seri Shafie tidak dibenar solat di masjid dan yang nangis itu ajak solat di ruang tamu rumahnya menghadap sungai beralas tikar bukan sejadah.

“Di sini sudah cukup baik,” kata Shafie sebagaimana diceritakan Ismaily sehingga ibu yang mengajak Shafie ke rumahnya itu menangis bila Shafie berkata begitu.

“Memang mengharukan,” cerita Ismaily lagi tentang Shafie sekarang.

“Rasanya tiada CM sebelum ini sanggup begitu duduk di tangga sembang dengan budak-budak,” kata beliau lagi.

Menurut Ismaily, antara pesan dan kata-kata yang sering Shafie ucapkan kepada orang yang beliau ketemu adalah “bertanya soal famili dan kata jangan lupa solat dan jangan lupa isi perut atau makan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here