SUMBANGAN MEMBANTU SREE ABIRAMI MENGEJAR IMPIAN KE OLIMPIK MUSIM SEJUK

Bintang luncur ais negara Sree Abiramee berusia sembilan tahun dan keluarganya terharu dengan sumbangan orang ramai menghulurkan bantuan kewangan supaya anaknya dapat mengecapi impian mewakili negara dalam olimpik musim sejuk.

Mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, Chendren Balakrishnan, 55 berjanji sumbangan itu digunakan dengan cermat di bawah Yayasan Sree Abiramee untuk latihan anaknya yang kini berlatih di Riga, Latvia.

“Saya terharu dan berterima kasih dengan sumbangan orang ramai menyumbang lebih RM600,000 dalam masa seminggu dengan lebih 8000 orang penderma.

“Ini adalah inisiatif sendiri orang ramai selepas mendapat tahu bahawa saya berhasrat menjual rumahnya untuk menanggung kos latihan anak saya bagi tahun 2021 hingga 2023 March,” katanya.

Sree, aktif dalam sukan luncur ais sejak berusia tiga tahun telah menjuarai lebih 50 pingat emas dalam 14 kejohanan peringkat ISIAsia dan antarabangsa.

Dia juga pernah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records dan Asian Book of Records, sebagai atlet paling muda memenangi pingat emas paling banyak dalam pertandingan luncur ais peringkat antarabangsa.

“Impiannya adalah mewakili negara dalam Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2028 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2030. Ini kerana dia tidak boleh menyertai Olimpik Musim Sejuk di Milan, Itali (2026) atas faktor usia.

“Dia perlu berusia melebihi 15 tahun untuk menyertai olimpik. Namun, dia boleh mewakili Malaysia di Milan, jika kejohanan itu ditangguh ke tahun 2027.

Chendren  juga berkongsi pengalaman sebuah kelab Russia membuat tawaran kepada anaknya untuk berlatih.

“Pada tahun 2020, Sree menangi empat emas dan satu perak di satu pertandingan Skate Abu Dhabi UAE.

“Selepas pertandingan itu, sebuah kelab dari Russia menghubungi saya menawarkan untuk membiayai kos latihan dan persekolahan anaknya dengan syarat dia perlu mewakili Russia.

“Tetapi, saya menolak kerana impian anak saya adalah menang pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah untuk rakyat Malaysia,” katanya.

“Usaha saya mendapatkan geran daripada Kementerian Belia dan Sukan tidak berjaya. Mereka berkata KBS tidak memberi geran kepada atlet individu dan KBS merujuk kepada MSN untuk tidakan susulan.

“Maka, saya terpaksa mencari dana sendiri,” tambahnya.

Sementara itu, Yayasan Ohms milik dermawan terkenal P Thiagarajan berjanji RM800,000 untuk latihan Sree.

“Kami akan menyumbang RM800,000 kepadanya. Sumbangan ini akan diberi RM100,000 setahun untuk lapan tahun bermula dari tahun 2019 hingga 2026.

“Buat masa ini kami telah pun memberi RM 215,000 bagi tahun 2019 hingga Feb 2021. Bagi tahun, 2021 akan bagi sebanyak RM100,000 lagi,” katanya.

Beliau turut meminta KBS untuk pertimbangkan semula geran kepada Sree melalui Yayasan Sree Abiraame.

“Dengan sokongan dan dokongan pihak kerajaan bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk kilauan pingat emas di Sukan Olimpik Musim Sejuk.

“Dan juga mengalakkan bakat muda seperti Sree dalam sukan acara individu bagi pendedahan di peringat awal menimba pengalaman awal dan mengkukuhkan bakat dan menambahkan jati diri sebagai seorang atlet yang berjaya diperingat antarabangsa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here