LANGGAR ANGGOTA POLIS SEHINGGA MAUT

Kluang, Feb 20-

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhn memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan pada minggu lalu.

Tertuduh, T. Yogarajah 58, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Yogarajah didakwa memandu kereta dengan kadar alcohol dalam pernafasan melebihi had 120 yang ditetapkan dan menyebabkan kematian ke atas Lans Koperal Bradford Bernard, 28.

Dalam kejadian pada pukul 10.05 malam, 12 Februari lalu, Bradford meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas menjaga kawasan di penjara Kluang di sini.          

Sabit bersalah, lelaki itu boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta denda maksimum RM 100,000.

Nur Zahida Muhammad Ruzi, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan terhadap tertuduh namun memberi peluang lelaki itu merayu. Tertuduh tidak merayu kerana tidak mampu membayar ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Tertuduh dibenarkan melantik peguam atau mendapatkan khidmat daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Majistret turut memerintahkan lessen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan selesai.

Dalam kejadian pada pukul 10.05 malam, 12 Februari lalu, Bradford meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alcohol.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas menjaga kawasan di penjara Kluang di sini.          

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here