PENGASAS APLIKASI SUGARBOOK DITAHAN SEMULA

Pengasas aplikasi Sugarbook dibebaskan selepas permohonan reman ke atas lelaki itu ditolak mahkamah semalam.

Usahawan itu bagaimanapun ditahan semula kira-kira empat jam kemudian bagi membantu siasatan kes rogol dan kegiatan pelacuran yang dilaporkan pada 2019.

Terdahulu, permohonan reman ke atas pemuda berusia 34 tahun itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan mahasiswa yang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral itu bagi mencari sugar daddy.

Sementara itu, Shashi Devan,peguam  berkata, aplikasi iti telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan tidak memerlukan anak guamnya direman.

Sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes itu.

Penahanan itu dibuat susulan laporan daripada seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dibuat di Subang Jaya pada Februari 2019.

Media baru-baru ini melaporkan Malaysia diletakan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.

Data mendedahkan kebanyakkan sugar baby dari Negara ini terdiri daripada pelajar IPT swasta dana awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here