SOROK ANAK TIRI DALAM BUT KERETA

Seberang Perai, Feb 20-

Seorang pemandu wanita tergamak menyorokkan anak tirinya di dalam but kereta semata-mata untuk melakukan rentas daerah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dekat Seberang Jaya di sini kelmarin.

Tindakan itu, bagaimanapun berjaya dikesan polis selepas melakukan pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Waja yang dipandu wanita berusia 40-an itu disekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 lebuh raya itu kira-kira pukul 5 petang.

Ketua polis daerah Seberang Perai tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kereta itu dipandu dari arah Butterworth ke Seberang Jaya bersama seorang remaja lelaki di tempat duduk penumpang.

“ Pemandu kata dia hendak pergi ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk beli pakaian sebelum diminta berhenti untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ujarnya, hasil pemeriksaan anggota SJR menemui seorang lelaki berusia 14 tahun yang merupakan anak tiri pemandu sedang menyorok di bahagian itu.

“Pemandu itu kompaun kerana merentas daerah tanpa permit dan lebih dari seorang penumpang,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here