CADANGAN MEMEPERKENALKAN PASPORT VAKSIN

Kuala Lumpur, 22 Feb –

Cadangan kerajaan memperkenalkan pasport vaksin sebagai pengesahan pengambilan vaksin Covid-19 mampu menjadi ‘tiket kebebasan’ rakyat melonggarkan pergerakan, seterusnya memberi harapan kepada pemulihan ekonomi negara secara keseluruhannya, kata Menteri kesihatan Dato sri Dr. Adam Baba kepada media.

Penganalisis ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, inisiatif yang bakal diperkenalkan itu amat wajar kerana memberi impak positif yang tinggi kepada pelbagai sektor ekonomi lebih-lebih lagi yang terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

“Secara psikologinya, kita rasa lebih selamat dengan orang yang sudah mendapatkan suntikan vaksin. Dengan memperkenalkan pasport vaksin, kerajaan mungkin boleh memberi kelonggaran merentas negeri secara berperingkat berdasarkan jumlah peratusan penerima vaksin. Jadi masyarakat akan lebih bersemangat untuk mendapatkan vaksin dan memperoleh pasport vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here