DETIK CEMAS PESAWAT UNITED AIRLINES

Denver Coloroda, Feb 22-

Serpihan pesawat United Airlines yang melakukan pendaratan cemas semalam jatuh di sebuah kawasan perumahan, demikian menurut pihak berkuasa.

Pesawat yang dalam perjalanan ke Honolulu, Hawaii itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver selepas satu enjinnya meletup dan terbang sejurus berlepas, lapor agensi berita AFP semalam.

Menurut penduduk perumahan luar bandar di Broomfield, serpihan enjin pesawat ditemui jatuh di sekitar kejiranan mereka.

Antara yang ditemui termasuklah kepingan logam besar berbentuk bulat di depan rumah seorang penduduk bernama Kirby Klements.

“ Ia agak mengejutkan. Kepingan besi pesawat itu jatuh di atas trak saya” katanya kepada stesen penyiaran CNN.

Menurut Klements, serpihan bersaiz 1.5 meter daripada enjin pesawat Boeing 777-200 itu turut merosakkan bumbung rumah jirannya.

Pengurus penerbangan awam Amerika Syarikat (FAA)berkata, pihaknya ambil maklum mengenai laporan serpihan penerbangan UA 328 yang ‘tercicir’ ketika insiden pendaratan kecemasan berlaku.    

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here