IBU KUDUNG KAKI DITINGGALKAN TEPI JALAN

Shah Alam, Feb 22-

Seorang wanita yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda , dipercayai ditinggalkan anggota keluarganya di tepi jalan di Jalan Kebun di sini, malam kelmarin.

Lembaga Zakat Selangor (LZS)  dalam satu kenyataan semalam, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu daripada orang awam yang memaklumkan seorang wanita ditinggalkan bersama bekalan lampin pakai buang dan beg pakaian.

Pihak LZS berjaya menghubungi keluarga wanita itu, bagaimanapun tidak mendapat kerjasama baik apabila tiada seorang waris sudi menjemputnya pulang ke rumah dengan pelbagai alasan” katanya.

Katanya, anak wanita itu pada awalnya bersetuju hadir ke balai polis untuk mengambil ibunya, bagaimanapun kira-kira jam 3 pagi semalam, individu terbabit membuat keputusan tidak boleh menjaga wanita itu lagi.

Polis kemudian menghubungi pusat jagaan warga emas yang kemudian datang dengan ambulans untuk membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

“ Hati mana yang tidak tersentuh apabila ibu ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Kata wanita itu, ‘dah lama acik (mak cik) tak jumpa anak acik baik orangnya”, katanya.

LZS berkata kami pihaknya kini menempatkan wanita itu di pusat jagaan warga emas mengikut prosedur dengan kebenaran anaknya dan semua kos ditanggung agensi berkenaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here