RTS BERPOTENSI MENJADI PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR BAHRU-SINGAPURA

Petaling Jaya, Feb 22-

Perunding pengangkutan, Goh Bok Yen berkata, Sistem Transit Aliran  (RTS) menggesa Putrajaya memperuntukkan sumber dan tenaga kerja mencukupi di laluan (RTS) Johor Bahru-Singapura bagi memastikan kejayaannya. Ia jelas berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara itu.

Seorang pakar pengangkutan “Dari segi sejarah, Johor dan Singapura saling melengkapi dengan baik. Mereka mempunyai sinergi yang hebat, seperti Hong Kong dan Shenzhen di tanah besar China,” kata Goh.

Katanya, dalam kes Hong Kong, ia berada jauh di depan Shenzhen, tetapi kekurangan sumber.

“Begitu juga, Johor ada apa yang Singapura tidak ada. Ia mempunyai tenaga kerja dan kos sara hidup lebih rendah. RTS boleh menjadi pemangkin tersebut, pintu masuk Malaysia ke Singapura yang merupakan hab serantau bagi banyak sektor.”

Goh berkata sukar bagi Malaysia untuk bersaing dengan Singapura, tetapi RTS memungkinkannya dan lebih mudah bagi orang ramai untuk menikmati ciri terbaik dari kedua-dua dunia, iaitu dengan tinggal di Johor, tetapi belajar atau bekerja di Singapura.

RTS, yang dijangka siap pada Dis 2026, akan menghubungkan stesen Bukit Chagar dengan Woodlands di Singapura. Pemajunya, MRT Corporation Sdn Bhd mensasarkan masa perjalanan hanya 15 minit.

“Tetapi kejayaan RTS bergantung pada kepantasan perjalanan dari JB ke Singapura dan sebaliknya. Kereta api itu boleh mencapainya daripada segi waktu perjalanan, tetapi pelepasan kastam dan imigresen merupakan isu utama.”

Beliau berkata, bagi laluan kereta api antara Hong Kong dan Shenzen, masa pelepasan kastam dan imigresen selama lima minit dimungkinkan oleh penggunaan teknologi dan tenaga kerja terlibat.

 “Jadi kita mesti bersikap proaktif terhadap keperluan ini, iaitu dari sudut teknologi dan juga kecekapan bagi memenuhinya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here