SARJAN DIREMAN KES RASUAH

Alor Setar, Feb 22

Seorang anggota polis berpangkat sarajan merupakan antara empat individu direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah, baru-baru ini.

Menurut sumber, tiga lagi yang direman terdiri daripada seorang wanita yang merupakan wakil peguam dan dua lelaki awam.

Katanya perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim sehingga 26 Februari ini.

Jelasnya pada 4 Februari lalu, anggota polis berkenaan yang berperanan sebagai penolong pegawai penyiasat didakwa menghubungi seorang lelaki memintanya bertemu wakil peguam dikenali sebagai ‘Kak Long’ bagi menyelesaikan satu aduan kes jenayah terhadapnya.

Lelaki itu dikatakan telah memukul seorang individu, jadi sebagai balasan untuk menarik balik laporan polis terhadap dirinya rakan-rakan didakwa bersubahat, lelaki itu diminta Kak Long untuk membayar RM 18 000,” katanya di sini.

Keempat-empat yang berusia antara 26 hingga 64 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 1 petang hingga 5.20 petang kelmarin.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here