TIGER WOODS KEMALANGAN KERETA

Los Angeles, Feb 24-

Pemain popular golf Amerika Syarikat, Tiger Woods dimasukkan ke hospital hari ini selepas terbabit dalam kemalangan kereta yang dilaporkan mengalami “kerosakan teruk,” kata Jabatan Polis Los Angeles.

Woods, yang memandu berseorangan, dikeluarkan daripada kereta yang remuk di bahagian depan oleh bomba dan paramedik dan mengalami “beberapa kecederaan di bahagian kaki,” kata ejen pemain itu kepada media AS.

Woods dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan dan menjalani pembedahan.

Kemalangan berdekatan Los Angeles itu tidak membabitkan kenderaan lain.

Imej menunjukkan kereta itu berada di atas rumput di tepi jalan dan bahagian depannya rosak teruk.

Woods, seorang daripada pemain gol paling berjaya di dunia, menang 15 kejuaraan golf major.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan belakang buat kali kelima dan berkata belum pasti boleh bermain pada Kejuaraan Masters yang kali terakhir dimenangi pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here