TAYANGAN KARNAN BUKAN SETAKAT HIBURAN

Tayangan filem yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi ‘Karnan’ yang dibintangi oleh pelakon kollywood terkenal  Thanush bertemakan tentang kisah benar yang menggambaran golongan latarbelakang konservatif menuntut hak asasi bagi golongan mereka di sebuah perkampunagn di Meelvalavu, Madurai, India.

Kisah yang cukup tragis berlaku pada tahun 1997 pasti ramai yang tidak mengenali kisah sebenar di kalangan masyarakat dunia mahupun masyarakat India. Nasib malang yang rendah dalam status kehidupan menjadi halangan bagi adaptasi kehidupan yang biasa seperti yang lain.

Penyajak Mahakavi Subramania Bharathiyar  telah mengkaryakan sajak berbunyi ‘Sathigal Ilaayadi Pappa’ untuk membasmi sikap pengkastaan dalam sanubari masyarakat kaum Hindu sejak kecil lagi. Walaupun  dari segi pandangan segelintir kelompak sistem kasta masih menjadi akar umbi dalam sesetengah aspek malah pada zaman ini juga.

Namun tayangan Karnan ini  memperjuangkan hak asasi Murugesu, kepalanya ditetak manakala  7 orang yang lain bersama beliau telah dibunuh oleh golongan berkasta tinggi supaya mengerikan masyarakat berstatus rendah tidak lagi berani untuk mengetuai atau berhak bersuara.

Walhal kes ini ditolak oleh Mahkamah kerana dianggap remeh dan golongan berkasta rendah tidak berhak memiliki hak asasi mereka. Namun 40 orang suspek daripada hanya 17 orang telah dipenjarakan selama sepuluh tahun dan telah dibebaskan tanpa alasan yang kukuh.

Thanush yang memainkan watak golongan berkasta rendah telah mengupas cerita sebenar yang menimbulkan ketidakadilan dan cabaran masyarakat tersebut.

Manakala lagu ‘Kanda Vara Sollunga…karnaani’ hasil pengarah muzik Santosh Narayanan yang membawa maksud mengajak Karnan jika terserempak mengungkit perasaan untuk mengutarakan Karnan, yang menjadi perwira epik Mahabharata yang mendokong sikap keutuhan dan pendermawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here