Dikenakan sekatan baharu, Venezuela usir duta EU

Venezuela kelmarin mengusir duta Ke-satuan Eropah (EU) ke Caracas sebagai tindak balas kepada sekatan baharu, memberikan tempoh 72 jam kepada duta dari Portugal itu untuk me-ninggalkan negaranya yang membangkitkan kemarahan baharu EU.

Menteri Luar Jorge Arreaza mengumumkan tindakan ke atas duta Isabel Brilhante Pedrosa, dua hari selepas menteri-menteri luar EU bersetuju dengan sekatan ke atas 19 pegawai Vene-zuela kerana “menjejaskan demokrasi”.

“Hari ini, dengan keputusan Presiden Nicolas Maduro, kami menyerahkan deklarasi ‘orang yang tidak diterima’ kepada Isabel Brilhante,” kata Arreaza.

“Beliau diberikan masa 72 jam untuk meninggalkan Venezuela.”

Di Brussels, EU menuntut Venezuela menarik balik keputusannya itu.

“EU berasa kesal dengan keputusan ini, yang hanya akan membawa lebih peng-asingan antarabangsa kepada Venezuela. Kami meminta keputusan ini ditarik balik,” kata jurucakap Nabila Massrali.

“Venezuela hanya dapat mengharungi krisis semasa menerusi rundingan dan dialog, dengan EU memberikan sepenuh komitmen tetapi keputusan ini menjejaskan peluang itu,” tambahnya.

Maduro telah mengeluarkan amaran menerusi ucapan di televisyen.

“Kami tidak mahu melakukannya, namu kami terpaksa, kerana kami mahu mempunyai perhubungan terbaik dengan seluruh Eropah,” katanya.

“Tetapi kami tidak dapat menerima sesiapa pun yang menyerang Venezuela, melaksanakan sekatan ke atas Venezuela. Sama ada anda memperbetulkan isu ini atau tiada sebarang perhubungan dengan anda, tidak kira dalam apa bentuk,” tegasnya.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan Venezuela, yang dikuasai parti Maduro, mendesak pengusiran duta itu pada Selasa lepas ekoran keputusan oleh EU yang membekukan aset dan perjalanan oleh 55 ahli politik Venezuela.

EU memperluaskan senarai larangan selepas menolak pilihan raya pada bulan Di-sember yang menyaksikan Maduro menguasai Parlimen selepas pembangkang memboikot pilihan raya.

Keputusan pilihan raya bulan Disember itu tidak diiktiraf EU, Amerika Syarikat (AS) atau beberapa negara Amerika Selatan yang lain.

Sebelum kemenangan itu, Perhimpunan Kebangsa-an mempunyai majoriti pembangkang dengan Juan Guaido menjadi speaker dewan – satu-satunya cawangan kerajaan yang tidak di bawah kawalan Maduro.

Guaido dianggap sebagai ketua sah Venezuela oleh kira-kira 50 kerajaan asing, sementara Maduro dikenakan sekatan oleh Barat dan dilabel sebagai diktator atas dakwaan penipuan undi dan penyalahgunaan kuasa yang lain.

“Keangkuhan diktator selepas penipuan pilihan raya semakin mengasingkannya dari dunia dan beliau merancang untuk membawa bersama negara ini,” ciap Guaido di Twitter.

EU pada Isnin lepas berkata, individu dalam senarai baharu “bertanggungjawab, terutama sekali, dengan menjejaskan hak pilihan raya untuk pembangkang dan fungsi demokrasi dalam Dewan Perhimpunan Kebangsaan dan kerana mencabuli hak asasi manusia dan sekatan kepada asas kebebasan.”

Antara mereka yang berada dalam senarai baharu sekatan adalah dua anggota Perhimpunan Kebangsaan, Gabenor negeri Zulia, pemerintah tentera dan tiga anggota majlis pilihan raya Venezuela, termasuk presidennya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here