KEMBALI LAGI YOUTUBER SUGU PAVITRA

Kini kembali lagi pengguna Youtube sensasi S Pavitra bersama suaminya Sugu mula membuat video masakan menerusi saluran youtube seperti biasa.

M.Sugu mencetuskan kontroversi apabila Sugu, 29, didakwa di Mahkamah Sesyen akibat perselisihan faham antara pasangan itu selepas Pavitra diiktiraf sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh MBI tahun lepas. Pavitra kemudiannya memaafkan perbuatan suaminya itu.

Kejadian itu berlaku Sugu dan Pavitra kemudiannya mengambil keputusan menolak sebarang pengiktirafan ikon susulan kes tersebut dan memberikan alasan mahu mengutamakan penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.

Setelah 5 bulan jurang seketika baru-baru ini  beliau mula membuat video sejak dua minggu yang lalu beliau menunjukkan cara memasak kari kambing dan acar timun.

“ Apa khabar semua? Saya berharap semua dalam keadaan sihat dan selamat”,  beginilah beliau memulakan perbualan dengan nada yang lembut dan sopan.

Video yang telah ditulari pada 20 Feb yang lalu disaksikan oleh 8 juta 10 ribu penonton.

“Kakak Pavitra….lama tak jumpa akak…masakan akak terbaik dan kami turut menyokong sebagai warga Malaysia,“ kata salah seorang pengguna Youtube Iza Abdillah Muhammad.

“Ke mana akak pergi selama ni? …masakan akak serupa masakan di rumah…bahan-bahannya murah dan senang diperolehi. Saya mahu akak hidup bahagia bersama suami dan anak-anak“kata-kata ramai pengikut video sugu Pavitra.

Pavitra yang memasak dengan cara yang mesra dan petah dalam bahasa Melayu menjadi tarikan utama seluruh warga Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here