Kamalhassan dalam suatu temubual bersama calon pilihanraya berkata bahawa parti Makkal Neethi Maiyam tidak akan menanggung sebarang belanja persediaan calon bagi bakal pilihanraya.
Isu pilihanraya umum semakin hangat di Tamilnadu berterusan dengan pengumumkan Pilihanraya umum Tamil nadu akan diadakan pada bulan April ini. Maka parti-parti bersedia memasuki gelanggang pertandingan.
Parti Anna Dravida Munnetra Kalagam (ADMK), Dravida Munnetra Kalagam (DMK), semakin sibuk dalam perbicaraan pencantuman kawasan parti manakala Parti Kamalhassan Makkal Neethi Maiyam mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan ketiga untuk berkempen.
Parti Pelakon Sarathkumar Samathuva Makkal Katchi dan Inthiya Jananayaga Katchi mencantum tangan bersama Kamalhasaan.
Dalam pada itu, Kamalhassan bergiat dalam menemuramah setiap calon yang mendaftar dalam pilihanraya. Setiausaha Parti, Majlis Pengurusetia Parti, Ahli Jawatan kuasa telah ditemuramah dan seramai 25 calon telah ditemuramah oleh Kamalhassan, Palza.Karuppaiyah, Suresh Aiyer dan Ponraj.
Pada petang ini, beliau mengunjungi Ramavaram untuk memberi penghormatan kepada patung berhala MGR serta memulakan kempen fasa kedua di Kawasan Aalanthuur. Beliau berani menongkah arus dan berterus terang dalam pendiriannya bahawa parti tidak akan menanggung sebarang kos kempen dan perbelanjaan calon.