AIMST MENGHASILKAN 5000 PELINDUNG MUKA SEBAGAI SUMBANGAN

Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menghasilkan sebanyak 5000 pelindung muka untuk disumbangkan kepada petugas kesihatan di daerah kuala Muda, Kedah.

Ketua pegawai operasi AIMST, R. Ambihabathy berkata, kira-kira 80 kakitangan dari pelbagai jabatan institusi pengajian tinggi itu terlibat dalam menghasilkan alat perlindungan tersebut sejak 21 Februari lalu.

Kita terpanggil untuk sama-sama menghulurkan sumbangan dalam usaha mengekang wabak Covid-19 dan salah satunya adalah dengan menyediakan pelindung muka.

“ Setakat ini, kita telah menghasilkan 5000 pelindung muka yang akan disampaikan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di kampus universiti tersebut di Semeling bedong baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here