Bersatu sahkan terima surat Umno tidak mahu bersama dalam PRU 15

Bersatu mengesahkan mereka menerima surat Umno yang memaklum parti itu tidak akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu, kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ahli Majlis Tertinggi Bersatu akan bermesyuarat jam 4 petang ini bagi membincangkan perkara itu.

“Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu Pas, Star, SAPP dan Gerakan,” kata Hamzah dalam satu kenyataan pagi ini.

Melalui kenyataan itu, Hamzah berkata, Biro Politik Bersatu petang semalam telah membincangkan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.

“Dalam hal ini, Biro Politik mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi Umno seperti berikut:

Tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 danKebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen,” kata Hamzah dalam kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here