JEREBU DI SEKITAR SELANGOR

Fenomena jerebu mula melanda empat kawasan di sekitar Selangor dengan penduduk di kampung Johan Setia mendakwa kejadian itu bermula sejak tiga minggu lalu sehingga menyukarkan kehidupan seharian penduduk kawasan tersebut.

Peniaga, S Rajan 58, berkata situasi tersebut menyebabkannya terpaksa menutup semua tingkap rumah sejak tiga hari yang lalu bagi megelakkan sebarang serpihan zarah asap memasuki ruang rumahnya.

“Situasi itu menimbulkan perasaan kurang senang bukan sahaja kepada saya malah penduduk sekeliling, sudahlah berdepan pandemik Covid-19 sekarang pula ‘bertempur’ dengan jerebu pula,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk S Chandran 56, mendakwa, dia sering kali melihat kepulan asap di sekitar Jalan Kebun Baru, Batu 9 sejak minggu lalu.

Empat Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini khususnya di daerah ini mancatatkan paras tidak sihat susulan kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Selatan, di sini. Sehingga pukul 3 petang 2 Mac Johan Setia, Klang mencatat IPU tinggi iaitu 188 diikuti Banting(166), petaling Jaya (137) dan Klang (107). Namun shah alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sederhana.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here