GEGARAN TSUNAMI MENAKUTKAN PENDUDUK WELLINGTON

Wellington, 5 Mac –

Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMA) New Zealand pada pagi ini mengeluarkan amaran tsunami kali ketiga berturut-turut ekoran gempa dengan kekuatan 8 pada skala Richter berlaku 8.25 pagi waktu tempatan menggegarkan sekitar Kepulauan Kermadec, kira-kira 1100 kilometer(km) ke utara Pulau Utara New Zealand.

NEMA  meminta penduduk setempat segera mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, beredar dari semua zon evakuasi tsunami , tidak berada di rumah sehingga dimaklumkan NEMA, Lapor Agensi Berita Xinhua .

Sebelum ini, gempa berkekuatan 7.4 menggegarkan Pulau Raoul, pulau terbesar di kepulauan Kermadec, pada 6.41 pagi waktu tempatan.

Satu lagi gempa berkekuatan 7.1 melanda pada 2.27 pagi waktu tempatan kira-kira 95 km ke timur Te Araroa, titik paling timur laut Pulau Utara New Zealand, menyebabkan gegaran ‘kuat’ dan mencetuskan amaran tsunami, lapor Geonet NZ.

Gempa tersebut disifatkan penduduk tempatan sebagai menakutkan dan paling kuat pernah dirasakan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here