‘LAMPU HIJAU’ UNTUK MEMBUKA SEMULA OPERASI PANGGUNG WAYANG

Kuala Lumpur, Mar 5-

Berita kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang melegakan pengusaha susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri bermula esok.

Lotus Five Star Cinemas dan Syarikat MSK tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan mulai hari ini selepas operasi ditutup beberapa bulan.

“Kami sangat teruja diberikan ‘lampu hijau’ dan dapat membuka semula panggung wayang selepas tempoh yang lama. Kami tidak sabar  meraikan pembukaan semula operasi panggung wayang dengan sajian filem-filem hebat.

“Susulan pengumuman itu, TGV Cinemas akan membuka semua panggung kecuali TGV Miri dan TGV Vivacity di Kuching, Sarawak. Kami ingin sajikan filem terbaik bermula esok sebagai mengalukan kehadiran semula penggemar filem,” katanya.

Antara filem baru Tamil yang ditayangkan ialah Master, Iswaaran dan Anbirkiniyal.

Kelmarin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan PKPB dan PKPP di beberapa negeri yang bermula esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here