AHLI KONGSI GELAP RM 2.10

Geng kongsi gelap dikesan mempunyai hubungan diplomasi dengan orang berkenamaan (VIP) dan ahli politik dan bergelar Tan Sri atau Datuk Seri begi mengukuhkan pengaruh di kawasan jajahan yang dikuasai mereka dalam kegiatan jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli kumpulan gangster juga dipercayai mengadakan hubungan diplomatic dengan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut taktik itu dilakukan bagi memastikan kumpulan mereka mendapat ‘suaka politik’ serta perlindungan NGO untuk megaburi mata masyarakat serta pihak berkuasa.

“Taktik ini adalah untuk mencuci nama mereka supaya dilihat sebagai seorang yang baik dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada media.

Ayob Khan memeberitahu bahawa segelintir ahli gangster yang mempunyai pengaruh dalam kumpulan itu sanggup membeli gelara Datuk Seri atau Datuk.

Polis tidak akan ambil tindakan sewenang-wenangnya, tetapi kalau lakukan jenayah, baut kacau, menganggu keharmonian masyarakat kita akan bertindak tegas.

“tidak kiralah siapa mereka, VIP ke, abang long ke, ayahanda ke, buat jenayah kita tangkap,” tegasnya.    

Kumpulan kongsi gelap teruja merekrut ahli untuk melakukan aktiviti jenayah pemerasan selain memaksa ahlinya menjadi keldai dadah.

Keterujaan untuk merekrut lebih ramai ahli baharu memaksa kumpulan kongsi gelap melonggarkan ‘syarat’ kemasukan dengan hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM 2.10.

Yuran itu adalah simbolik kepada persetujuan menjad ahli dan berbeza dengan proses sebelum ini apabila anggota baharu perlu menghadiri upacara angkat sumpah dan menjalinkan hubungan brotherhood.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here