BADMINTON TERBUKA SWITZERLAND- THINAAH-PEARLY DI PUNCAK DUNIA

Beregu wanita Negara, M Thinaah- Pearly Tan melakar detik manis dalam karier mereka apabila menjuarai Badminton Terbuka Switzerland, semalam.

Thinaah-Pearly yang bukan pilihan dan hanya menduduki ranking ke-30 dunia itu mengejutkan pilihan ketiga kejohanan dari Bulgaria, Gabriela Stoeva- Stefani Stoeva 21-19, 21-12.

Kejayaan menundukkan pasangan adik beradik yang menduduki ranking ke-14 dunia itu dalam tempoh 43 minit sekali gus membolehkan Thinaah-Pearly meraih kejuaraan sulung dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Thinaah-Pearly menunjukkan aksi meyakinkan di set pertama apabila mendahului Gabriela- Stefani hampir di seluruh permainan, namun sedikit goyah selepas lawan mendahului 19-17.

Bagaimanapun mereka bangkit mengejar dan mengunci mata lawan untuk menang 21-19.

Kemenangan itu menyemarakkan semangat mereka apabila mendahului pada set kedua sebelum menamatkan perlawanan dengan mudah 21-12.

Kemenangan itu membolhkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS 11 060 (RM 45,058) dan harus menjadi tonik terbaik sebelum menghadapi Seluruh England 17 Mac ini.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here