BERHENTI KERJA JADI TUKANG JAHIT

Bermula dengan menjahit secara sambilan, kini M Leela, 42, menjadikan profesion itu sebagai punca utama pendapatan keluarga.

Leela berkata, sebelum menceburi dalam bidang jahitan tahun 2011 beliau bekerja sebagai kerani kilang di Tampin.

“Namun disebabkan minat dengan jahitan, saya nekad berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang ini,” katanya.

Menurut Leela daripada hanya mendapat sepuluh tempahan jahitan, beliau kini dapat membuka sebuah kedai jahitan dan mengupah seorang pembantu.

“Bagi saya kalau kita mahu berjaya, kita perlu berusaha, bekerja keras dan sanggup tanggung risiko”.

Risiko yang saya ambil adalah berhenti kerja sebagai kerani dan tumpu sepenuh perhatian kepada menjahit, walaupun pada waktu itu saya tidak mempunyai kedai jahitan.

“Siapa sangka, kalau dulu gaji hanya lebih kurang RM 1500 sebulan, kini saya mampu peroleh pendapatan tetap lebih RM 3500. Jika pada musim perayaan hasil pendapatan boleh mencecah sehingga RM 7000. Lagi rajin lagi banyak untung kita boleh dapat” katanya kepada media.

Selama ini saya merasakan belajar menjahit hanya untuk buat baju dan langsir sahaja, rupanya banyak cabang kita boleh ceburi”

Semua tawaran yang saya sediakan dikenakan bayaran berpatutan, sekali gus member peluang kepada saya menambah pendapatan,” katanya.

Tambah Leela, setelah enam tahun menjahit, dia diberi peluang untuk turut serta dalam program Power House Wanita Gemilang (PH Gem) sebagai tenaga pengajar bagi kelas jahitan.

Program yang dilaksanakan ini sangat baik kerana ia dapat membantu wanita meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Sejak menyertai program PH Gem ini, ramai wanita telah dibantu dan dijadikan mereka sebagai usahawan jahitan dan kraftangan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here