SERBUAN PENTHOUSE DI JALAN PERAK

Petaling Jaya, Mar 9-

Tindakan licik satu sindiket penipuan opelaburan menyewa kediaman di sebuah penthouse bagi menyukarkan kegiatan mereka dikesan akhirnya terbongkar apabila rumah itu diserbu di Jalan Perak, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata serbuan dilakukan pasukannya hasil risikan selama dua hari dalam Ops Dadu.

Menurutnya seramai 44 individu termasuk tujuh wanita yang dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian melalui medium Forex telah ditahan dalam serbuan pukul 8 malam.

“ Kesemua suspek berusia anatara 17 hingga 41 tahun. Mereka berperanan sebagai operator di penthouse itu yang dijadikan pusat khidmat bagi mengumpan mangsa untuk menyertai skim mereka.

“Sindiket terbabit menyewa penthouse itu pada kadar RM 15 000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas 22 komputer riba, 53 set computer, 286 telefon bimbit pelbagai jenama, kad sim dan kad akses yang disyaki digunakan dalam kegiatan haram.

Ujarnya, sindikat terbabit menyasarkan pelanggan dari luar negara seperti Taiwan dan China menerusi aplikasi WeChat.

Kesemua individu yang ditahan adalah rakyat tempatan yang menetap di sekitar Kuala Lumpur. Gaji mereka kira-kira RM 2000 sebulan serta bekerja bermula 12 tengah hari hingga 10 malam.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 420 Kanun keseksaan.    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here