TIDUR DENGAN MAYAT RAKAN SETELAH DIBUNUH

Subang Jaya,Mac 11-

Hanya kerana mahu melangsaikan hutang berjumlah RM 5000 seorang, seorang penjual kuih warga Indonesia tergamak membunuh rakan senegara dalam satu kejadian di rumahnya di tingkat dua pangsapuri di persiaran Subang Mewah di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 39 tahun itu dikatakan telah menghentak kepala mangasa mati sebelum menyorokkan mayat wanita itu di bawah katil di dalam bilik utama rumahnya dua hari lalu.

Ketua polis daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata  suspek sanggup tidur bersama suaminya biarpun mengetahui di bawah katil itu terdapat mayat rakannya.

Terdahulu, abdul Khalid memeberitahu hasil siasatan mendapati suspek wanita itu telah menghubungi mangsa yang juga rakan niaganya bagi meminta bantuan mengangkat anaknya kerana tangan suspek cedera.

Menurutnya mangasa yang tidak menyedari niat suspek telah pergi ke rumah rakannya yang terletak kira-kira 10 meter itu sebelum ditolak dan kepala dihentak ke lantai berkali-kali sehingga mati.

“Mayat mangsa kemudiannya ditutup dengan kain dan selimut sebelum disorokkan di bawah katil. Suspek kemudiannya telah mengambil barang kemas milik mangsa dan mengadainnya bagi melangsaikan hutang berjumlah Rm 5000.

“ kehilangan mangsa disedari suaminya yang baru pulang daripada bekerja pukul 7 malam selepas mendapati pintu rumah tidak berkunci, namun isterinya tidak kelihatan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya bimbang akan keselamatan isterinya lelaki berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis USJ 8 kira-kira 12 tengah malam.

Motif pembunuhan ini adalah disebabkan  suspek mempunyai masalah kewangan dan mangsa sering memakai barangan kemas yang banyak menyebabkan suspek terdesak sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian,” katanya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here