JAWATAN KUASA MEMULAKAN KEMPEN #TAMATDARURAT

Kuala Lumpur, Mar 12-

Sebuah Jawatan Kuasa telah ditubuhkan untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk penamatan Proklamasi Darurat. Beberapa ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan Jawatan Kuasa ini bagi menamatkan darurat yang berakhir 1 Ogos depan.

Jawatankuasa berkenaan berperanan untuk mengumpul tandatangan daripada orang ramai dijangka sehingga 13 April ini sebelum diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusinya merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, jawatankuasa itu sekali gus melancarkan laman sesawang dinamakan #TamatDarurat sebagai kempen untuk memudahkan pihak yang mahu darurat ditamatkan lebih awal dengan menandatangani petisyen secara atas talian.

Setelah, semalam Mahkamah Tinggi menolak permohonan tiga wakil rakyat pembangkang, Ahli Parlimen Pulai, Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah); Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah, Johari Abdul (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Perak, Abdul Aziz Bari (DAP) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Jawatankuasa berkenaan dianggotai seramai 23 ahli politik pembangkang, Datuk Marzuki Yahya (Pejuang); Ahli Parlimen Sepang, Mohammad Hanipa Maidin (Amanah); Senator, Aiman Athirah Sabu (Amanah), Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan); Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (DAP); Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (PKR); Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (PKR); Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah (PKR) dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR).

Antara lain, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai beberapa profesional dan aktivis iaitu Jefri Md. Nor; Norman Goh; Khairi Zulfadhli; Mior Nor Haidir Mutalib Uthman; V. Raidu; Siti Rahayu Baharin; Muhammad Rafique; Tharmelinggem Pillai; Dr. Thanussha Francis Xavier; Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang; DS Ustadz Abdul Ghani Samsudin dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dalam pada itu, Khalid tidak yakin bahawa darurat akan berakhir seperti yang dijadualkan pada 1 Ogos ini sehinggalah Perdana Menteri berpuas hati mempunyai sokongan setelah didakwa cuba membeli wakil rakyat untuk memastikan jangka hayat politiknya berkekalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here