PAKISTAN SEKAT TIK TOK

Agensi telekomunikasi Pakistan sekali lagi menyekat aplikasi perkongsian video Tik Tok atas alas an ia menyebarkan unsure lucah dalam masyarakat.

Sekatan itu dikuatkuasakan selepas mendapat arahan daripada hakim Mahkamah Tinggi Peshawar, Qaiser Rashid Khan. Susulan langkah itu, aplikasi milik China tersebut tidak dapat diakses di Pakistan bermula Khamis.

Sebelum ini, penasihat kepada perdana Menteri Imran Khan, Arslan Khalid menuduh TikTok mempromosikan kandungan tidak beretika dan bermoral termasuk mengekspoitasikan wanita muda.

India pula melarang aplikasi itu bersama dengan puluhan platform mudah alih China yang lain.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here