‘TERPERANGKAP’ LEBIH TIGA KILOMETER

Petugas SJR dilihat mula melaksanakan tugas dengan penuh komited selain memeriksa secara terperinci setiap kenderaan yang melintasi sekatan berkenaan.

Berikutan teguran Ketua Polis Negara yang memberi amaran kepada angootnya supaya jangan hanya goyang kaki dan melambai tangan’ di Sekatan Jalan Raya (SJR), berlaku perubahan mendadak dalam prosedur operasi standart (SOP) SJR.

Bagaimanapun SOP tersebut menyebabkan pengguna jalan raya terperangkap selama beberapa jam dengan kenderaan bersusun sejauh tiga kilometer di kebanyakan sekatan yang dijalankan.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai kerana mengganggu urusan penting dan pergi ke tempata kerja.

“Kami memang tak setuju sebab tidak praktikal untuk mereka yang ingin bekerja atau ke kuliah, tetapi sudah terlewat beberapa jam hanya kerana pihak berkuasa membuat pemeriksaan satu-satu kenderaan padahal kita sudah ada dokumen lengkap yang diluluskan polis seperti permit pergerakan,”kata penuntut universiti awan Karthik, 25 yang terlepas waktu kuliah yang dijadualkan.

“Banyak kerja di pejabat yang terpaksa tangguh. Mesyuarat bersama beberapa klien juga dibatalkan” kata seorang pekerja swasta Normanul Hakim Ahmad Bukhori, 34.

Namun katanya polis boleh menjalankan SJR secara dua atau tiga lorong bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here