KEBAIKAN MAKANAN WARNA HIJAU

Rutin yang sibuk, kurang bersenam, tidak cukup rehat, terdedah kepada pencemaran persekitan dan penggunaan solekan setiap hari antara faktor yang membuatkan wajah kita cepat kusam dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Keadaan ini akan berubah jika mendapat khasiat  yang diperlukan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Hebat bukan ? jika dapat menyelamatkan nyawa sebanyak 2.7 juta  atau mengurangkan risiko penyakit sebanyak 1.8 juta setahun dengan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. *(Kementerian Kesihatan)

Berikut kebaikan makann berasaskan warna hijau:

  1. Bantu turunkan berat badan

Kelebihan utama memakan sayur-sayuran adalah rendah kalori dan dibuktikan sesuai dijadikan menu untuk membantu proses penurunan badan. Justeru, da tip menyarankan salad lebih baik diambil pada waktu pagi dan bukannya pada waktu malam.

  1. Cantikkan kulit

Buah-buahan seperti epal hijau dan anggur hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan berupaya menurunkan berat badan . sekaligus menstabilkan paras gula dalam darah dan agen antikanser.

Buah kepala yang sering digunakan oleh wanita India kerala paling kaya dengan asid laurik baik iaitu agen antivirus dan antibakteria. Memebilas muka dengan air kelapa boleh membaiki ton dan melembapkan kulit wajah.

  1. Lebih tenang

Kajian kesihatan mendapati pengambilan salad mampu membantu minda dan emosi lebih tenang dan melapangkan fikiran untuk memulakan hari.

Daun salad mengandungi karoten, serat dan air yang dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga.

  1. Lebih murah

Sayur-sayuran dan buah-buahan lebih murah jika dibandingkan dengan makanan segera, daging dan ikan. Tetapi jika ada bajet lebih pilihlah makanan yang ditanan secara organik dan baja semulajadi.

Cuba elakkan makanan yang diubah secara genetic (GMO) iaitu DNA bahan makanan ini tidak lagi dalam susunan semula jadinya.

Dikhuatiri ia boleh menjadi alahan dan melemahkan system imunisasi. Jadi lebihkan makan berasaskan warna hijau yang semula jadi dan lebihkan senyuman.  

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here