TASIK BUATAN CINTA MENARIK DI DUBAI

Dua tasik berbentuk hati yang terletak di tengah padang pasir menjadi salah satu tarikan bagi pasangan yang mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Tasik cinta dubai itu sebenarnya tasik buatan manusia. Ia terletak berhampairan oasis Al-Qudra. Berukuran 550 000 meter persegi, pemandangan bentuk tasik itu di tengah padang pasir itu, jelas apabila dilihat dari udara.

Menariknya tarikan yang lengkap dengan kawasan untuk berkelah dan trek jogging yang bercahaya dalam gelap itu  dibuka 24 jam dan masuk percuma.

Ia menjadi satu lagi tumpuan pelancong ke UAE di samping tarikan lain di negara itu seperti bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Tarikan pelancong ini dirasmikan pada bulan November 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here