WANITA DIBUNUH KEJAM OLEH ANAK SENDIRI

Sydney, Mar 18-

Seorang wanita di Australia bukan saja tergamak menikam ibunya sendiri lebih 100 kali sehingga mati, malah turut memenggal kepala wanita itu.

Malah Jessica Camellia, 27 turut mengeluarkan lidah, mata dan hidung ibunya selepas memenggal kepala mangsa dengan pisau pemotong daging.

Jessica bertindak demikian kerana marah kepada ibunya kerana dia tidak mahu menghantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Jessica setelah mengheret mayat di laluan pejalan kaki di luar rumah menghubungi polis dan memaklumkan bahawa Rita cuba menikamnya.

“ Kepala ibu saya ada di sana. Bolehkah kamu menghidupkan kembali seseorang tanpa kepala?” kata Jessica kepada pihak polis. Mahkamah dimaklumkan Jessica mengalami masalah mental ketika kejadian.

Jessica kini menjalani hukuman penjara 21 tahun dan tujuh bulan atas kesalahannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here