ELON MUSK bilionair yang berumur 49 tahun yang berasal dari Pretoria, Afrika selatan ada pelbagai idea ‘gila’ dan memiliki kekayaan AS$ 185 bilion (RM 761 bilion)
Banyak syarikat diangkat oleh manusia paling kaya di dunia selepas kereta janaan elektrik sepenuhnya, Tesla dapat sambutan luar biasa daripada pengguna menyebabkan saham Tesla Motor meningkat secara mendadak. Menjelang tahun 2004, Elon bersama usahawan Martin Eberhard dan Marc mengeluarkan kereta elektrik ini. Roadster antara kereta sport yang boleh bergerak sehingga 60 km dalam tempoh sejam.
Bagiamanapun Elon Musk sentiasa percaya bahawa planet Marikh mampu menjadi penyelamat kepada kehidupan manusia sekiranya berlaku kemusnahan teruk terhadap bumi.
Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya Ketua Pegawai Eksekutif, SpaceX itu giat melakukan ujian terhadap roket Falcon Heavy yang dikatakan mampu membawa manusia ke Marikh.
Sikap gila-gila yang ada pada Musk membolehkannya menjadi peneraju kepada teknologi dunia ketika ini menerusi rangkaian syarikat miliknya.
Antara syarikat dimiliki oleh Elon adalah SpaceX, Tesla Motors, The Boring Company, Neuralink, Open AI, Solarcity, Hyperloop, Starlink dan Paypal.
Elon musk dilahirkan di Pretoria, ibu kota dan pusat pentadbiran Afrika Selatan. Ibunya, Maye musk merupakan seorang model dan pakar pemakannan, manakala bapanya Errol Musk merupakan jurutera elektromekanikal.
Beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik iaitu abang kepada Kimbal Musk dan Tocca Musk. Ketika kanak-kanak, ibu bapanya telah bercerai dan dia memilih untuk tinggal bersama bapanya.
Bapanya Errol memaklumkan bahawa Elon seorang ulat buku dan ketika orang di sekelilingnya bergembira dan bermain sebaliknya dia menghabiskan masa membaca buku.
Ramai pelajar tidak menyukai perangai Elon yang kreatif dan cerdik. Elon pernah mengalami banyak tekanan sehingga mengalami buli yang teruk di alam persekolahan.
Kedua dia menghabiskan masa di depan komputer dengan membangunkan perisian. Dia juga memulakan perniagaan sendiri dengan membuka kedai pemainan video.
Selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, Elon telah berhijrah ke Kanada bersama ibunya dan menghabiskan dua tahun pengajian di Universiti Queens pada tahun 1992 dan di University Pennsylvania, Amerika Syarikat dalam jurusan Fizik dan Ekonomi.
Semasa di Kampus , Elon dan rakan sekelasnya menyewa rumah dengan 10 buah bilik sebelum mengubahsuaikannya menjadi kelab malam. Langkah itu, dilakukan sebagai eksperimen keusahawanan.
Pada tahun 1995, Elon mulakan langkah dalam perniagaan berasaskan teknologi dengan berasaskan sebuah syarikat penyediaan peta dan direktori perniagaan akhbar dalam talian yang dikenali sebagai Zip2.
Pada tahun 1999, Zip2 telah dibeli oleh pengeluar komputer Compaq dengan harga AS$ 307 juta (RM 1.3 billion) dan Elon menggunakan wang berkenaan untuk menubuhkan Paypal yang menawarkan perkhidmatan kewangan dalam talian.
Dia berjaya melelong syarikat Paypal dalam platform jualan online eBay pada harga AS$ 1.5 billion (RM 6.2 billion) pada tahun 2002.
Pada tahun yang sama, Elon mengasaskan Spacex dalam usaha menghasilkan roket ke angkasa lepas pada harga lebih murah.
Dua roket pertamanya adalah Falcon 1 (dilancarkan pada 2006) dan Falcon 9 (dilancarkan pada 2010). roket ketiga, Falcon Heavy dilancarkan pada tahun 2018.