FILEM BIOPIK JAYALALITHAA DITAYANGKAN PADA 23 APRIL

Filem biopik Jayalalitha yang diarahkan oleh Vijay, Thalaivi, yang dibintangi oleh Kangana Ranaut, telah dilancarkan pada hari ulang tahun Kangana Ranaut.

Thalaivi mendokumentasikan kehidupan dan masa mendiang Ketua Menteri Tamil Nadu J Jayalalithaa yang mencatat peralihannya dari bintang filem menjadi ahli politik.

Filem ini juga akan mendukung watak Ketua Menteri Jayalalithaa yang lebih digelari ‘Amma’ oleh rakyat Tamil Nadu  sebagai wanita besi yang menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beribu-ribu rakyat jelata Tamil Nadu menitis air mata bagi kematiannya.

Filem ini akan mengesyorkan satu petanda yang agak kemuncak dalam industri kollywood bagi Kangana kepulangan beliau ke industri kollywood setelah  12 tahun, bekerja di Dhaam Dhoom (2008) dengan Jayam Ravi.

Treler filem ini membawa penonton melalui kemunculan Jayalalithaa sebagai bintang filem, hubungannya dengan MGR yang mendorong melangkah ke dalam politik dan cabaran seterusnya untuk menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu.

Thalaivi juga dibintangi oleh Arvind Swamy sebagai MGR, dan pelakon lain termasuk Nasser, Bhagyashree, Samuthrakani dan Madhu Bala.

Pengarah Muzik filem ini adalah dimainkan oleh satu-satunya pengarah muzik yang muda G.V. Prakash dan akan turut dilancarkan pada 23 April.

Kangana Ranaut turut memenangi Anugerah Nasional Pelakon Wanita Terbaik untuk Panga (Hindi) dan Manikarnika: The Queen of Jhansi (Hindi) baru-baru ini.

Para penonton menanti mahu melihat Kangana Ranaut sebagai replika Jayalalithaa dalam penggambaran filem biopik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here