Jangan berpolitik dalam pemilihan Yang Dipertua P.Pinang

Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (iMcom) menggesa agar pemilihan Yang Dipertua Pulau Pinang (YDPP) tidak dilakukan atas dasar kepentingan politik.

Presidennya, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, pemilihan YDPP berjiwa rakyat mampu membantu dalam pembangunan negeri.

 “Selain itu, faktor usia amat penting kerana kita mahu lantikan baharu lebih muda dari YDPP sedia ada, sekali gus boleh menyertai program-program negeri.

“Kita harap kerajaan negeri tidak meletakkan dasar politik dalam pemilihan ini kerana jika mereka mengamalkan konsep itu semua perkara akan jadi kepentingan politik bukan lagi berjiwa rakyat,” katanya.

Tambah Mohamed Rizwan, pihaknya turut berharap YDPP yang baharu berfungsi bebas terutamanya dalam mengukuhkan kedaulatan agama dan negara.

Terdahulu, satu desas-desus mengatakan dua nama dicadangkan untuk menggantikan YDPP, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Ini susulan pelantikan Abdul Rahman sebagai YDPP akan tamat pada April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here