HELIKOPTER TERHEMPAS DI SUBANG, SEORANG PATAH KAKI

Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas dalam kejadian di dalam kawasan Lapangan Terbang Subang pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Lima individu dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang terselamat dalam kejadian itu, dengan seorang mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.

“Tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan kesemua mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.

“Saya dengar bunyi kuat datang dari arah helikopter berkenaan yang berada di kawasan lapangan terbang,” kata R Romu, 74.

Dia yang juga pekerja di Lapang Sasar Menembak Subang juga berasa hairan kerana tidak pernah mendengar bunyi helikopter yang begitu kuat kira-kira 9 pagi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, helikopter berkenaan terhempas di dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.18 pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here