IBU BAPA LEBIH FOKUS DALAM PEMBELIAN MAKANAN

Memeriksa pek bungkusan makanan sebelum pembelian adalah satu amalan yang baik dalam membuat pemilihan makanan.

Namun kaedah pemeriksaan makanan kebanyakan ibu bapa biasanya lebiih focus terhadap nutrisi dan kandungan bahan yang terdapat dalam makanan berkenaan. Menurut pakar Nutrisi Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr. Yasmin ooi, berkata dalam tabiat membeli makanan beberapa langkah perlu diamalkan supaya makanan dibeli lebih selamat. Antaranya:

  1. Beri keutamaan kebersihan

Pertama sekali pilih pasaraya yang bersih untuk membeli-belah.Cuci beg yang digunakan ketika membeli belah selain nyahkuman raga atau bakul di pasaraya sebelum digunakan.  

  1. Periksa bungkusan

Pastikan tiada lubang atau koyakan pada pek makanan. Elakkan pek yang sudah tampak lusuh selain menggelembung.

  1. Periksa tarikh

Produk tidak boleh dijual atau digunakan selepas tarikh luput.

  1. Jejak asal produk

Pastikan alamat kilang dan pengedar tertera pasda pek berkenaan. Boleh juga imbas kod QR untuk maklumat tambahan.

  1. Sahkan keaslian produk

Berwaspada terhadap kemungkinan produk palsu. Lakukan kajian termasuk tanda pengenalan yang asli seperti dimaklumkan pembuat asal.

  1. Pilih atau beli barang ikut urutan

Mulakan pembelian barangan kering dan kemudian barulah kepada bahan basah. Letakkan sayur-sayuran dan buah-buahan di atas longgokan barang dalam troli.

  1. Asingkan barangan mengikut jenis

Letakkan semua makanan beku dalam bekas yang sama bagi memastikan suhu sejuk lebih lama. Simpan daging dan makanan laut dalam plastik atau bekas plastik.

  1. Segera bawa pulang

Bahan mentah berada keadaan baik dalam tempoh sejam hingga ke dua jam. Sebaiknya bawa sekali kotak sejuk beku ketika membeli-belah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here