JPJ guna pakai dua kaedah advokasi bagi kesalahan ubah suai ekzos motosikal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengguna pakai dua pendekatan advokasi terhadap kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata advokasi pertama adalah menerusi pengeluaran Notis Temu Siasat, di bawah Seksyen 114(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan kedua menerusi Notis Arah Periksa Kenderaan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Notis Larangan Penggunaan Aenderaan (Notis PG1) di bawah Seksyen 59(1) akta yang sama.

Beliau berkata menerusi kaedah pertama, notis akan dikeluarkan bagi tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat melalui aduan yang diterima oleh pihak JPJ berkaitan kesalahan pengubahsuaian tanpa kebenaran ekzos motosikal.

“Menerusi kaedah kedua pula notis dikeluarkan bagi menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan motor pemilik yang disyaki melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran,” katanya pada sidang media selepas melawat Stesen Penguatkuasa JPJ Labok dalam Ops Penguatkuasaan di sini pada Isnin, dan lawatan turut disertai Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf. 

Katanya menerusi kaedah kedua juga pemilik kenderaan wajib mengemukakan atau membawa semula kenderaan motor ke mana-mana pejabat JPJ bagi tujuan pemeriksaan sebagai bukti pembaikan terhadap ekzos telah dibuat dan mematuhi kaedah pembuatan dan kegunaan.

Pada Ahad, media melaporkan buat masa ini kesalahan menggunakan ekzos bising motosikal hanya akan dikenakan tindakan advokasi, iaitu pengeluaran notis untuk temu siasat, dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak JPJ agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here