KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH KERETA TERBABAS DI JALAN AMPANG

Semalam lebih kurang 10.30 malam satu kemalangan maut telah berlaku di Jalan Ampang,  melibatkan sebuah kereta yang dinaiki sepasang suami isteri dan dua orang anak.

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Ampang menghala ke Lembah Jaya. Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut telah hilang kawalan hingga terbabas melanggar pembahagi jalan dan masuk ke jalan arah bertentangan.

 Penumpang kereta iaitu isteri pemandu terbabit telah tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal di tempat kejadian. Seorang anak pasangan tersebut iaitu seorang bayi perempuan berusia 14 hari  telah mengalami cedera parah dan telah disahkan meninggal ketika sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang. Manakala seorang lagi anak pasangan tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berumur empat tahun mengalami cedera parah dan pemandu tersebut mengalami cedera ringan serta sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here