GAJI PERMULAAN SISWAZAH DITINGKATAKAN SELEPAS PERTENGAHAN 2021

Kerajaan menjangkakan gaji permulaan bagi siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan akan lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan ekonomi dilihat semakin pulih dalam tiga ke empat bulan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Ekonomi) Mustapa Mohamed bagaimanapun mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik Covid-19 sehingga memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara dan global.

“Tahun lepas kita mengalami kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah dalam beberapa suku, jadi peluang kerja itu rendah dan sudah pasti siswazah sanggup untuk menerima gaji lebih rendah daripada biasa.

Justeru katanya, kerajaan berhasrat mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti supaya siswazah yang baru mula bekerja akan menikmati gaji lebih tinggi.

Dua hari lepas, portal tempatan melaporkan Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin berkata, majoriti siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan tahun lepas menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500, berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada 2019.

Mohd Uzir berkata, jumlah lulusan universiti yang memasuki alam pekerjaan tahun lepas juga merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan siswazah muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here