MAHU PENGAMBILAN PELAJAR INDIA DI INSTITUSI- R THINALAN

Pemuda MIC mahu meningkatkan pengambilan pelajar India di Institusi yang layak terutamanya dari golongan B40 ke universiti awam, politeknik, kolej latihan Teknikal dan Vokasional,  Kolej matrikulasi, sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara pada ulangtahun perhimpunan agung MIC yang ke -33.  

Barisan  Nasional merupakan salah satu komponen yang kerajaan yang semasa, satu jalan penyelesaian holistik perlu dirangka bersama Kementerian Pelajaran Malaysia agar pelajar-pelajar India yang berkelayakan mendapat tawaran kemasukan ke Institusi untuk melanjutkan pelajaran  mereka.  

Dalam aspek keusahawanan pula suatu dana khas perlu diperuntukkan bagi belia India yang terjejas dalam wabak Covid-19 melalui kursus latihan keusahawanan pengurusan kewangan,  pemasaran digital agar mereka dapat memulakan perniagaan atau perkhidmatan mikro, kata Ketua Pemuda MIC R. Thinalan .

Justeru MIC akan berfokus kepada golongan belia yang berusia 16 hingga 40 tahun untuk menjadi ahli dalam parti berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here