ALASAN MENDAPATKAN DOKUMEN TIDAK KUKUH -MAHKAMAH RAYUAN TOLAK PERMOHONAN NAJIB

Putrajaya, Apr 5-

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan bagi tempoh satu bulan.

Sewaktu mengemukakan permohonan tersebut, ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya memerlukan tempoh masa berkenaan bagi mendapatkan beberapa dokumen.

Dokumen tersebut merupakan bukti terbaharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari mahkamah di New York, Amerika Syarikat serta Singapura.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, panel tiga hakim prosiding berkenaan sebulat suara menolak permohonan itu dan memutuskan perbicaraan diteruskan hari ini juga. Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat.

“Kami sebulat suara memutuskan untuk menolak permohonan ini. Tiada asas kukuh untuk kami memberi tambahan masa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here