Kuala Lumpur, Apr 7:
Media sosial dan media melaporkan bahawa terdapat perbualan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO menafikan seperti yang tular di media sosial.
Pada Rabu, satu rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid tular di media sosial.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid kecewa dan terkejut dengan dakwaaan terbaharu yang mahu memusnahkan parti UMNO.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis agar siasatan dilakukan bagi mengenal pasti dalang individu atau pihak yang bertanggungjawab terhadap audio berkenaan.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin tegaskan tiada sebarang perbualan saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020).
“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.
“Saya percaya lebih banyak permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan, pada Rabu.