SUAMI  TOLAK ISTERI DARI TINGKAT 18

George Town, Apr 12-

Motif kematian seorang wanita yang mayatnya ditemui di atas bumbung bilik panel suis elektrik di Kondominium Bukit Awana, Ayer Itam di sini semalam terbongkar selepas mangsa dipercayai telah ditolak oleh suaminya sendiri dari tingkat 18 bangunan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.06 tengah malam itu mayatnya Primila, 35, yang bekerja sebagai ejen insurans ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, susulan kejadian itu pihaknya telah menahan suami mangsa yang berusia 35 tahun di lokasi kejadian selepas kira-kira 30 minit mayat wanita ditemui.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan itu mendapati, lelaki terbabit telah mengaku menolak mangsa selepas berlaku pergaduhan melibatkan pasangan itu.

Suami mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika itu. Hasil siasatan lanjut, dia membuat pengakuan telah menolak isterinya dari tingkap ruang  tamu di tingkap 18 kediaman mereka.

“Punca pergaduhan disebabkan suspek curiga si mati ada menjalin hubungan dengan lelaki lain” katanya di sini semalam.

“ Suspek yang didapti positif ganja kini ditahan reman selama enam hari sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan”, ujarnya.

Tambahnya, bedah siasat ke atas mayat mangsa telahpun selesai dan pengecaman mayatnya dilakukan oleh anak saudaranya.

Saya tidak sangka, masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan yang hanya tinggal berdua itu berakhir sebegini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Muthu berkata, dia hanya menyedari mengenai kejadian itu selepas terdengar dentuman kuta dari arah bawah kediamannya pada pukul 12 tengah malam. Saya kemudian bergegas turun ke bawah melihat apa yang berlaku. Ketika itu, saya ternampak suami mangsa dalam keadaan gelisah sambil memaklumkan yang isterinya terjatuh selepas ditolak.

“ Dia langsung tidak menangis atau menunjukkan perasaan sedih. Dia boleh dikatalkan seorang yang berhati kering” ujarnya.   

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here