CHITHIRAI PUTHANDU

Setiap bangsa di negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam, ponggal dan Tahun Baru Chithirai bagi setiap tahun.

Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti Kristian dan Islam. Terdapat juga komuniti Punjabi yang beragama Sikh. Jumlah penduduk Hindu lebih kurang 1,904,578 atau 6.93% daripada jumlah penduduk Malaysia mahupun Hindu  di seluruh dunia merayakan Tahun Baru masing-masing berdasarkan asal-usul etnik mereka, di India selatan, kita memanggilnya “Varsha Pirapu” atau boleh dikatakan kelahiran Tahun Baru, yang biasanya jatuh pada 14 April dan juga dikenali sebagai hari pertama bulan ‘Chithirai’. Tahun ini pula dikenali dengan nama ‘Pilava’.

Biasanya setiap bulan kedudukan planet dengan matahari membawa kemungkinan yang penting dalam semua etnik masyarakat. Bulan Chithirai ini dengan kedudukan planet, kerana sesuai dengan perjalanan Matahari ke bintang Aries dan membuka pelbagai kemungkinan untuk dunia dan horoskop individu masing-masing. Oleh itu, ini adalah acara yang sangat terkenal di kuil-kuil di sekitar India selatan dan kadang-kadang bertepatan dengan Tahun Baru yang lain di beberapa bahagian India dari Sikh, Telugu, ke Maratis, Malayali dan negeri-negeri India yang lain .

Bagi Tahun Baru  Chithirai , penganut hindu akan mengunjungi kuil, dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga yang berwarna-warni dan bersembahyang dengan buah-buahan khususnya pisang.

Setelah sembahyang anak-anak menyujud orang dewasa dan mendapat restu orang tua di rumah masing-masing. Sebagai tanda kesyukuran orang dewasa memberi wang untuk anak-anak untuk mendapat lebih rezeki bagi tahun baru.

Biasanya penganut Hindu memasak makanan sayur-sayuran dan makan bersama keluarga. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada ahli keluarga yang sibuk dengan kerja harian. Perayaan ini juga bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat  Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka seperti perayaan-perayaan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here