HUJAN LEBAT MEMBAWA MAUT PENUNGGANG GRAB FOOD.

Kuala Lumpur, Apr 15-

Hujan lebat petang tadi mengakibatkan pokok tumbang  menghempap seorang penunggang motosikal lelaki yang menghantar makanan Grab Food, di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras di sini.

Kejadian pokok tumbang dilaporkan akibat hujan lebat di beberapa lokasi sekitar ibu negara sejak jam 4 .15 petang.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata kejadian pokok tumbang turut mengakibatkan tiga wanita yang berada dalam kenderaan terselamat.

“Sejak jam 4.30 petang tadi sehingga jam 6 petang, pihak bomba melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang seterusnya memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lelaki yang berusia 20 tahun itu diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Damai.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, yang menerima maklumat mengenai kejadian itu mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Cheras ke lokasi kejadian pada jam 4.19 petang.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 4.28 petang, pasukan bomba diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here